Penerangan

Asslamualaikum dan salam sejahtera. Kepada adik-adik yang berminat untuk menyumbang bahan-bahan seperti cerita, tips, berita-berita yang berkaitan bolehlah menghantar email kepada kami di pohonmas@yahoo.com .Insyaallah kami akan cuba menyiarkan bahan-bahan adik-adik itu. Jangan lupa untuk sertakan sekali nama adik-adik ya.....
"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah sering mengintai-intai kesalahan orang lain tetapi intai-intailah kelemahan dalam diri kita" - "Janganlah sering mengintai-intai kesalahan orang lain tetapi intai-intailah kelemahan dalam diri kita" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

TAJUK PILIHAN

2/12/2012

Pengaruh Budaya Di Malaysia

Kepelbagaian budaya di Malaysia telahpun terbentuk semenjak dari Zaman Kesultanan MelayuMelaka. Peranan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangasa telah membuka ruangkepada kemasukan para peniaga dan pedagang asing ke Tanah Melayu. Kebanjiran masyarakatasing di Tanah Melayu terus bertambah hasil daripada tindakan penjajah yang membawa masuk imigran-imigran asing sebagai buruh,
petani dan askar upahan.Kini selepas 51 tahun merdeka, kesemua etnik utama seperti China dan India masih mampu mengekalkan jati diri masing. Mereka masih lagi mengekalkan agama dan anutan nenek moyang mereka. Malahan pusat-pusat keagamaan bagi agama Hindu, Buddha dan Sikh bersilih gantimembawa masuk pengamal-pengamal agama atau sami-sami dari negara asal mereka ke negaraini bagi memastikan kesinambungan ajaran nenek moyang mereka.Walaubagaimanapun, evolusi terhadap µbudaya kebendaan tetap berlaku. Kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni di antara orang Melayu dan bukan Melayu di negara initelah menjadi penggalak kepada berlakunya perkongsian budaya di mana budaya masyarakatMelayu dan bukan Melayu ini telah diterima pakai dan diserapkan ke dalam cara hidup satusama lain.  Pengaruh Budaya Melayu di Kalangan Masyarakat Bukan Melayu,  Pengaruh budaya Melayu di kalangan masyarakat bukan Melayu paling jelas dapat dilihat dikalangan masyarakat Cina Peranakan dan Chetty.


Cina Peranakan
Cina Selat atau lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya adalah golongan Cina yang telah menyerap dan menjalani kebudayaan Melayu dalam kebudayaan mereka. Penyesuaian danresapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam,iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".  Berbeza dengan Baba dan Nyonya di Melaka, Cina Peranakan Kelantan diberi banyak gelaran.Orang Melayu memanggil mereka Cina kampung, Cina Kelantan atau Orang Cina kita. BagiCina di bandar, mereka dipanggil Cina benua atau Cina Bandar manakala masyarakat Thai diKelantan menggelar mereka sebagai Cina Darat, Cina Kampung atau Cina Kelantan. Nama-nama yang digunakan seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan,Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain mencerminkan bagaimana proses asimilasi telahmerubah dan membentuk budaya tersendiri di kalangan masyarakat tempatan.Antara persamaan Cina Peranakan Kelantan dan Melaka dengan masyarakat Melayuadalah dari segi masakan, bahasa harian, pakaian dan aktiviti-altiviti kerakyatan. Dari segi bahasa, masyarakat Baba Nyonya di Melaka bertutur dalam bahasa Baba aitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu, manakala Cina Peranakan

 Kelantan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dialek Kelantan dengan bahasa Hokkien yang berbeza hasil campuran Melayu dan Thai. Tetapi umumnya mereka ini tidak tahu berbahasaMandarin.Seperti orang Melayu, mereka juga gemar memakan sirih dan mengunyah sentil tembakau. Caramasakan mereka pula kebanyakannya dipengaruhi oleh cara masakan Melayu dan adalahmenjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana jugaorang-orang Melayu. Antara menu utama masyarakat Baba Nyonya di Melaka termasuklah lauk  pauk seperti masak asam pedas, masak lemak dan sambal belacan manakala Cina PeranakanKelantan tidak janggal makan ulam bercicahkan budu.Bermain gasing dan menonton wayang kulit merupakan antara aktiviti tradisional yang digemarioleh Cina Peranakan Kelantan. Kebolehan menulis dan membaca dalam Jawi pula adalah satu perkara biasa bagi generasi tua Cina Peranakan Kelantan yang mendapat pendidikan di sekolahaliran Melayu selain pergaulan yang rapat sejak kecil dengan rakan mereka yang berbangsa Melayu. Bagi masyarakat Baba di Melaka, berpantun dan berjoget lambak sudah dianggapsebagai daripada warisan budaya mereka.Penyerapan budaya Melayu di kalangan Cina Peranakan ini lebih terserlah apabila di Kelantankita dapat melihat warga tuanya gemar memakai semutar ketika bekerja di bawah terik mataharidan memakai kain batik atau kain pelekat sebagai pakaian harian mereka. Begitu juga di Melakakita boleh melihat generasi tua Baba perempuan (Nyonya) gemar memakai kebaya dan sarongseperti mana wanita Melayu.

India Peranakan
Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melakaadalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik diMelaka. Masyarakat ini tidak bolehdisamakan dengan masyarakat chetty yang terkenal dalam bidang peminjaman wang tetapi iaadalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orangHindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu,Cinadan lain-lain.Perkahwinan campur dan pergaulan harian yang rapat dengan masyarakat tempatan turutmempengaruhi budaya masyarakat India Pernanakan ini. Sebagai contoh, pakaian tradisionalmereka lebih mirip kepada masyarakat Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagiwanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kainseperti serban bagi menutup kepala.Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang Melayu iaitu nasi.Selain itu, mereka juga menjadikan kuih-kuih tradisional Melayu seperti dodol, wajik dan kuih bahulu sebagai antara hidangan utama untuk menyambut tetamu ketika hari perayaan.


Masyarakat India dan Cina Moden, dan Masyarakat Bukan Melayu Lain
Selain daripada masyarakat Baba Nyonya, Peranakan Cina Kelantan dan masyarakatChetty, pengaruh budaya Melayu juga terdapat di kalangan masyarakat bukan Melayu lainseperti bumiputra Sabah dan Sarawak, dan juga masyarakat India dan Cina moden. Bezanya pengaruh budaya Melayu di kalangan mereka sekadar melibatkan proses akulturasi dan bukannya asimilasi.Antaranya kita dapat melihat Bahasa Melayu digunakan sebagai medium komunikasi utama diantara dua individu yang berlainan etnik. Bagi kaum wanita, sepasang dua baju kurung sudah pasti ada di dalam senarai pakaian harian mereka ke pejabat. Begitu juga dengan kaum lelakiyang tidak kekok mengenakan baju batik ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.Di sekolah-sekolah pula, sudah menjadi satu kebiasaan bagi pelajar-pelajar Cina dan India bahkan juga masyarakat bumiputra di Sabah dan Sarawak memilih baju kurung sebagai pakaiansekolah sekolah. Senario ini dapat dilihat bukat sahaja di sekolah-sekolah kebangsaan ataupun disekolah-sekolah integrasi, tetapi juga di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Pengaruh Budaya Bukan Melayu di Kalangan Masyarakat Melayu
Sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang telah menerima kehadiran pelbagai budaya asing semenjak beratus tahun lamanya, budaya masyarakat Melayu dengan sendirinyaterevolusi. Terdapat banyak pengaruh asing yang telah diterima dan diamalkan dalam kehidupanmasyarakat Melayu sekarang dan ianya dapat dilihat dari segi cara berpakaian, makanan,hiburan, majlis perkahwinan, majlis hari lahir dan sebagainya.Golongan lelaki memilih baju kemeja dan seluar slack dan tali leher sebagai pakaianrasmi ke pejabat berbanding baju Melayu, sampin dan songkok. Senario ini adalah senarioakulturasi yang berlaku pada masyarakat Melayu di Malaysia. Hanya golongan wanita yangkekal anggun mengenakan baju tradisi seperti baju kurung dan kebaya untuk ke pejabat danurusan-urusan rasmi lainnya. Pun begitu, fesyen pakaian golongan wanita ini juga tidak lepasdari pengaruh asing. Jubah dan kepelbagaian tudung dari Timur Tengah menjadi fesyen terkiniwanita Melayu.Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjamdari budaya masyarakat Cina. Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah darigolongan yang sudah berkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakatMelayu, pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwinataupun yang masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan

scribd.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan